::.SALAM.::

Sunday, August 16, 2009

Kita, Perasaan, Emosi dan...




Allah telah mengurniakan pelbagai jenis perasaan dan emosi kepada manusia agar kehidupannya menjadi lebih menarik dan berwarna-warni. Allah juga telah mengurniakan akal dan fikiran yang perlu digunakan untuk mengawal perasaan dan emosi tersebut agar tidak melangkaui batasan kemanusiaan lebih-lebih lagi batasan syariat...

Antara perasaan dan emosi yang kita miliki ialah MARAH..

Pengenalan

Marah...?

Ada apa dengan marah…?

Bukankah marah itu merupakan sifat semulajadi kita sebagai seorang manusia…?

Adakah kita boleh melempiaskan perasaan tersebut dengan sesuka hati...?

Jawapan bagi segala persoalan di atas ada pada diri kita. Selamilah setiap lapis hati dan jiwa sendiri, insya-Allah, akan ketemu fitrah sebenar marah itu...

Marah merupakan salah satu unsur yang tidak dapat dipisahkan dari dunia emosi setiap makhluk yang bergelar manusia. Adalah mustahil bagi kita untuk memisahkannya dari mana-mana jiwa yang bernyawa. Justeru, Islam menganjurkan supaya kita mengawal kemarahan dan seterusnya membina dan menjana sifat sabar di dalam diri bagi mengelakkan sebarang mudarat serta untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.

Setiap orang mempunyai ekspresi marah yang berbeza-beza bergantung kapada punca kemarahan itu sendiri. Mengekspresikan marah itu antara hal yang sepatutnya yang dilakukan oleh seseorang yang sedang mengalami perasaan tersebut. Namun kita haruslah melihat situasi dan keadaan pada waktu tersebut. Persoalannya, adakah marah ini tidak diperlukan langsung dalam kehidupan kita? Tepuk dada tanyalah iman.

TINGKATAN2 MARAH

Al Ghozali rahimahullah berkata: Manusia berbeza dalam tingkat gejolak kemarahannya, dan dapat dibahagi dalam tiga kategori, iaitu: Kurang marah, marah yang melampaui batas, dan marah yang stabil.

Dalam menghadapi kemarahan tu... ada 3 jenis golongan

Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)

Golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)

Golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)


Golongan yang ketiga merupakan golongan yang paling baik iaitu pertengahan daripada golongan yang pertama dan yang kedua. Setiap manusia di dunia ini berhak berasa marah tetapi perlu kita ingat bahawa perasaan itu sepatutnya dan sentiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.

Ifrath pula sifat marah yang berlebih-lebihan. Keadaan perasaan bagi golongan kedua ini pula suka melempiaskan marahnya kepada orang lain dalam erti kata yang lain mereka tidak dapat mengawal perasaan marah ini. Mereka yang tergolong dalam golongan ini kebiasaanya lebih mengikut kata hati.

Golongan pertama iaitu Tafrith menunjukkan bahawa sifat yang tidak marah langsung. Orang yang tergolong dalam kelompok ini dikatakan tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan). Mereka tidak ingin mempertahankan kehormatan diri, isteri/suami, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Renung serta muhasabahlah diri, dimanakah kita? Golongan pertama, kedua atau ketiga...?

Moga kita mampu istiqamah dalam memperbaiki diri agar sentiasa menjadi lebih baik berbanding hari-hari yang telah berlalu...


Monday, August 10, 2009

...nEw bLoG nEw bLoGgErS...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Awwalulkalam,alhamdulillah dan sukur ke hadrat Ilahi atas limpah serta inayah-Nya yang memberi kita semua nikmat yang amat banyak dan nikmat utama yang perlu kita syukuri ialah nikmat Islam dan iman...

Setelah kami berbincang, kami sepakat untuk memilih emosi marah sebagai tajuk perbincangan dan dengan usaha serta kerjasama kami berdua maka wujudlah blog KKE ini.

Sekian dahulu setakat ini,wassalam...